Adik-beradik saya dan saya memanggilnye dengan gelaran 'makwe'. Satu-satunye kakak ayah yang ada, dan pada 5 Jun 2009 (Jumaat), 'makwe' telah meninggalkan kami buat selamanya. Kini Ayah hanya tinggal dua beradik daripada 7 orang beradik, iaitu adik ayah yang dikenali sebagai 'makchik'.
Saya dan arwah tidak begitu akrab, namun saya mengenali beliau setiap kali berkunjung ke rumahnya setiap kali menyambut Hari Raya di Kampung Durian Tawar, Triang Temerloh . Ingat-ingat lupa akan watak sebenar arwah, namun masih terbayang senyuman di wajah arwah setiap kali kami berjumpa.
Perangai pelik ayah dapat saya lihat pada khamis malam jumaat, sebelum mendapat khabar tentang kematian arwah. Kebetulan ayah berada di rumah saya bersama-sama adik dan anak saudara yang lain (musim cuti sekolah). Kebiasaannya ayah akan tidur awal sekitar jam 11 malam, saya lihat ayah gelisah seperti ada yang tak kena. Saya hanya biarkan dia melayan cucu bongsunya dan saya ke bilik untuk tidurkan Hafiy. Hampir jam 1 pagi,ayah mengetuk pintu bilik dan memaklumkan bahawa arwah dah kembali ke rahmatullah pada jam 12 am..Innalillah wainnailahirajiunn...Orang lelaki memang susah untuk menangis, tapi pada malam tu, ayah hanya rehatkan badan di sofa dan sekilas saya melihat ke arahnya dia sedang mengelap air mata yang jatuh ke pipi..."sape kate lelaki takde perasaan..ye tak?"..
Ayah bertanya, siapa yang akan hantarnya balik ke Temerloh, tak perlu saya nak bertanya kepada adik2 yang lain siapa yg 'free'..saya terus menawarkan diri untuk menghantarnya balik, lagipun saya sudah lama tak balik ke Temerloh. Walaupun ada mesyuarat yang perlu saya hadir keesokannya, saya teruskan niat untuk menghantar ayah dan ambil cuti 'emergency' (EL),anak-anak terpaksa saya tinggalkan bersama pembantu sekejap. Untuk menghantar ayah, kaklang dan angah 'offer' diri nak ikut,so mereka juga kena ambil 'EL'.
Semasa perjalanan ke Temerloh, saya dimaklumkan arwah dijangka akan dikebumikan sebelum solat Jumaat, dalam hati, tak tahu la sempat ke tidak sampai sebelum solat jumaat ni, sedar tak sedar saya dah memecut hingga 160km/j..opss "sayangilah orang yang tersayang"..sampai Temerloh, ambil mak kat rumah dulu, kemudian baru ke kampung ayah..tapi kami lewat beberapa minit..arwah selamat dikebumikan. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah di syurga fidausi...Amin
Yang Hidup Pasti Akan Mati..Yang Masih Hidup Perlu Teruskan Perjuangan sebagai Khalifah di Muka Bumi Ini..Semoga kita semua mendapat syafaat dari setiap perkara yang kita lakukan...
~~Apakah jalan cerita kita di penghujungnya,Hanya Allah yang mengetahui~~
***Bila meluangkan masa bersama sanak saudara, baru la saya lebih mengenali sepupu2 sebelah ayah....tak sangka ada muka anak saudara sepupu (2 pupu) saya yang mukanye persis saya masa kecil dulu...kaklang berbisik kpd saya:"hei kakandak muka adik tu 'sebijik' mcm awak masa kecik la.."..aha..saya mengiyakanye tak sangka macam cite doraemon pulak..sebab saya tak pernah tengok muka saya masa kecik secara life ..hehe,apa lagi saya bergambar dengan adik comel tu...(comel ke?) alamak terlebih sudah...
June 8, 2009
MASALAH TEKNIKAL..MACAM-MACAM ADA..
**Beberapa kesilapan teknikal terjadi menyebabkan saya sudah lama tidak mencoret sesuatu di Blog CERITA KITA....tiada perkongsian cerita, tidak dapat nak menjenguk rakan kenalan di blog, tidak tahu juga perkembangan terkini rakan kenalan...Apapun, sekarang,hari ini dan saat ini 'the problem was settled'...yeeehaaaaa..saya sudah boleh menyambung 'cerita kita'..huhuhuuu
Memang rindu sangat nak jenguk rakan-rakan yang lain...ape cite la ye...
"Bijak-bijak....."
Memang rindu sangat nak jenguk rakan-rakan yang lain...ape cite la ye...
"Bijak-bijak....."
May 14, 2009
ila anak pakcik ali
Khabar gembira buat yang mengenali Norfardilah Mohd Ali (ila_ali) x student FSR telah selamat melahirkan cahaya mata yang pertama iaitu seorang puteri pada 14 Mei 2009 (19 Jamadilawal 1430) di Hospital Rawatan Islam Al-Zaharah, Bangi...
Baby girl yang sangat comel tu dilahirkan pada jam 2.32pm seberat 3.41kg...emmm boleh tahan jugak kan.
Alhamdulillah kedua2nya selamat...syukur,bertambah lagi umat Rasulullah..
Untuk perkembangan selanjutnya mengenai ila,boleh la datang melawat dia di rumah ibunya di Bangi. Atau boleh hubungi dia melalui telefonnya.
May 10, 2009
HUSKY VOICE
Hai kawan2,..penjenguk setia...anyone....yang sudi singgah di Blog Cerita Kita...
Penangan Kejohanan Sukan Badan Berkanun di Pulau Langkawi...Game netball habis sampai 1hb..pasukan MSN takde rezeki tahun ni,hanya ke suku akhir je,kalah 1 point dgn UMT...boleh tahan jugak la 'frust' nye,takpe next time kena tebus kekalahan ni...2hb join treasure hunt lak....satu langkawi we all pusing,saja la memenuhi waktu terluang....Balik2 je KL demam sampai seminggu..takpe,maknanye kena rehat la tu..
Bila dah masuk keje, kena cari mood pula untuk mulakan tugasan,boleh tahan la kan...fuhhh
Nak pg gym pun,kena cari mood gak ni..
Apapun, saya bersyukur sebab demam tak berjangkit kat anak2 atau ahli keluarga yg lain...saudara saya yang kena demam denggi pun dah baik..Alhamdulillah..
Now, I got husky voice...kepada rakan penjenguk lain, banyakkan minum air dan mkn Vit.C..elakkan virus demam yg semakin menular sekarang.
Rasanya dah 2 minggu tidak bercerita di sini
Dah nasib badan atau musim demam atau ujian....hehe..dah lama tak demam teruk camni..satu minggu MC..maklum la dah lama tak duduk lama2 kat Pulau...sejuk, panas,sejuk panas...at last tekak gatal, batuk2 then demam..Demam dah kebah after kena inject,batuk lum hilang lg...sampai suara pun jadi 'husky'..
Penangan Kejohanan Sukan Badan Berkanun di Pulau Langkawi...Game netball habis sampai 1hb..pasukan MSN takde rezeki tahun ni,hanya ke suku akhir je,kalah 1 point dgn UMT...boleh tahan jugak la 'frust' nye,takpe next time kena tebus kekalahan ni...2hb join treasure hunt lak....satu langkawi we all pusing,saja la memenuhi waktu terluang....Balik2 je KL demam sampai seminggu..takpe,maknanye kena rehat la tu..
Bila dah masuk keje, kena cari mood pula untuk mulakan tugasan,boleh tahan la kan...fuhhh
Nak pg gym pun,kena cari mood gak ni..
Apapun, saya bersyukur sebab demam tak berjangkit kat anak2 atau ahli keluarga yg lain...saudara saya yang kena demam denggi pun dah baik..Alhamdulillah..
Now, I got husky voice...kepada rakan penjenguk lain, banyakkan minum air dan mkn Vit.C..elakkan virus demam yg semakin menular sekarang.
April 19, 2009
Doakan Semoga Mariyana Mat Isa (Yana) cepat Sembuh
Salam....khas buat semua yg mengenali Maiyana Mat Isa (Yana)- x student Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam,yet former fasilitator in PERLU , UiTM..(seorang yg happy go lucky!)
Hari Sabtu petang (18 April 2009) saya mendapat sms daripada sahabat baik Yana iaitu Ima.
"Salam.utk.pengetahuan.semua.mariyana.isa.xcdent.smlm.keadaan.agak.parah.kaki.n.tangan.kiri..patah.dan rahang.juga.pth.skrg.dhospital.epoh.harap.maklum."...(sms drpd ima)
Saya mula terbayangkan wajah Yana yg kurus dan mudah tersenyum tu..memang dah lama kami tidak berjumpa..dan saya rasa sedih sgt bila dapat sms tentang dia ditimpa kemalangan mcm tu skali.
Ramai-ramai...doakan semoga Yana cepat baik,sembuh,pulih...dan sihat seperti biasa...Amin
Hari Sabtu petang (18 April 2009) saya mendapat sms daripada sahabat baik Yana iaitu Ima.
"Salam.utk.pengetahuan.semua.mariyana.isa.xcdent.smlm.keadaan.agak.parah.kaki.n.tangan.kiri..patah.dan rahang.juga.pth.skrg.dhospital.epoh.harap.maklum."...(sms drpd ima)
Saya mula terbayangkan wajah Yana yg kurus dan mudah tersenyum tu..memang dah lama kami tidak berjumpa..dan saya rasa sedih sgt bila dapat sms tentang dia ditimpa kemalangan mcm tu skali.
Ramai-ramai...doakan semoga Yana cepat baik,sembuh,pulih...dan sihat seperti biasa...Amin
April 2, 2009
"TERAMAT LA LETIH..."
Since 1'st April, my Netball Team mulakan latihan di sebelah pagi dan petang,semata2 untuk kejohanan MAKSWIP esok 4&5 April di Tasik Titiwangsa. So dua tiga hari ni adalah hari yg memenatkan walaupun rasa enjoy dapat aktif semula dalam sukan kesayangan...Saya tak akan aktif kalau badan rasa tak cukup kuat,tapi skrg ni Alhamdulillah dah boleh aktif cam biasa cuma level of fitness tu masih rendah lagi...Sukan Bola Jaring ni memang tidak boleh ditinggalkan,coz dah 'jatuh cinta' dengan sukan ni sejak umur 9 tahun lagi.masa mula2 join mula 'pasang' cita2 untuk bermain seperti seorang pemain yg hebat wlpn tak cukup 'inci'(huhuhu)..sekurang2nya cita2 untuk mewakili negeri tercapai.
Memang satu dugaan bila kesihatan badan diuji dengan tanggungjawab menjaga anak2 yg masih kecil..mlm tadi Hafiy (2nd son) 'meragam' sebab demam,mulut ada ulser so dia rasa sakit nak minum susu botol, nak bagi dia diam kena la dukung,"Hafiy dh semakin berat la,ibu dh x larat nak dukung" puas dipujuk,..anak2 kalau sakit memang cari Ibu dia je...cari Papa bila nak jalan(selamat papa boleh sambung tido,huhuhu)..jam 4 pagi baru dia lena nak tido..syukur, dapat gak lelapkan mata wlpn jam 6pagi dh kena bangun..So pagi ni training sekejap je.petang ni ada training bowling utk inter division competition. game tu akan diadakan pada hr ahad ni di Alamanda...
I will try my best to play as best as i can...yg ptg focus..hrp2 x hilang focus ms game nanti.Amin
Memang satu dugaan bila kesihatan badan diuji dengan tanggungjawab menjaga anak2 yg masih kecil..mlm tadi Hafiy (2nd son) 'meragam' sebab demam,mulut ada ulser so dia rasa sakit nak minum susu botol, nak bagi dia diam kena la dukung,"Hafiy dh semakin berat la,ibu dh x larat nak dukung" puas dipujuk,..anak2 kalau sakit memang cari Ibu dia je...cari Papa bila nak jalan(selamat papa boleh sambung tido,huhuhu)..jam 4 pagi baru dia lena nak tido..syukur, dapat gak lelapkan mata wlpn jam 6pagi dh kena bangun..So pagi ni training sekejap je.petang ni ada training bowling utk inter division competition. game tu akan diadakan pada hr ahad ni di Alamanda...
I will try my best to play as best as i can...yg ptg focus..hrp2 x hilang focus ms game nanti.Amin
March 23, 2009
S.A.H.A.B.A.T
(INILAH ANTARA AKTIVITI YANG KAMI SUKA LAKUKAN JIKA BERKESEMPATAN...masa ni we all baru je balik dari Subang Parade..sampai2 je terus 'main wall'. Pakai jeans pun belasah je....RINDUNYE ZAMAN NI)
S Syukur kerana saya mempunyai seorang sahabat..bagi saya dia la rakan,kawan,teman terbaik yang saya gelarkan sebagai seorang sahabat. Setelah bersama-sama mengharungi kehidupan di universiti sejak Disember 1999. Mungkin kami mempunyai 'chemistry' dalam berkawan, dengan kata lainnya 'satu hati' . Kadang-kadang kami tidak 'sekepala' kerana mempunyai persepsi yang berbeza tapi kami mempunyai sifat toleransi yang tinggi bila berkawan. Itu
yang membuatkan kami 'heppy' berkawan bersama. Latar belakang kehidupan yang hampir sama membuatkan saya dan sahabat saya hormat-menghormati.
A Andai kita menyedari apa yang berlaku di sekeliling kita, bermakna kita menyedari apa yang kita lakukan. Setiap masalah yang dihadapi, membuatkan kami semakin matang dalam menghadapinya. Masih saya teringat setiap cerita semasa belajar di UiTM, semuanya manis bila dikenang. Bermula apabila kami sama-sama dipindahkan kolej penginapan iaitu dari Kolej Anggerik ke Kolej Delima. Bermula kehidupan dua orang anak peneroka dari Pahang yang
menjalani kehidupan di UiTM. Kisah pembelajaran di kuliah yang menuntut kami mendalami bahasa inggeris, kisah cinta anak muda, kisah pelajar yang cintakan sukan dan rekreasi dan pelbagai lagi kisah yang tidak akan padam dalam diari kehidupan saya. Sahabat saya mempunyai latar belakang sebagai seorang pemain hoki manakala saya pemain bola jaring yang pernah menyertai MSSM pada 1998. Semasa sama-sama menjejakkan kaki ke UiTM kami 'single n available' Maknanye sebelum daftar di UiTM,masing-masing ada 'special boypren'..hahaha,ngam-ngam sebelum sambung belajar, masing-masing dah 'clash'. So masing-masing mempunyai azam baru bila menjejakkan kaki ke universiti (bukan azam nak cari 'boypren' baru) tapi azam mencari sebuah kehidupan baru sebagai seorang pelajar U. Kami semakin akrab apabila kami belajar dalam satu kelas dan mengikuti jurusan SR111 (sports management) dan sehingga la kami menyambung pelajaran di peringkat ijazah juga dalam jurusan yang sama. Semasa menuntut di peringkat diploma iaitu semester ketiga, begitu banyak komitmen yang perlu diberikan iaitu terhadap subjek yang diikuti dan program tahunan fakulti (Malam Ramah Mesra=MRM). Saya telah dilantik sebagai Biro Keceriaan dan Keindahan,maka saya perlu berkerja keras untuk menceria dan menperindahkan venue program MRM dengan tema 'Flora dan Fauna'. Semasa menjalankan tugas, sahabat saya sentiasa bersama saya, kadang-kadang sampai ke larut malam hampir ke pagi kami bertungkus lumus menyiapkan tugasan. Teringat saya pada kisah kami dikejar 3 ekor anjing liar semasa pulang dari bertugas, kami bernasib baik kerana ada rakan yang tumpangkan kami pulang ke kolej. Walaupun kami menaiki kereta kancil,anjing liar tadi tetap mengejar kami sehingga kami terpaksa pusing satu UiTM untuk dari dari salakan anjing itu. Subjek yang paling seronok dan hebat diikuti adalah subjek 'Outdoor'. Bermula la kehidupan saya sebagai seorang pecinta aktiviti sukan dan rekreasi. Kemahiran bercakap di hadapan orang ramai, berdikari, kemahiran menyelesaikan masalah, berkeyakinan dan banyak lagi perkara yang positif telah saya perolehi daripada penglibatan saya dalam dunia rekreasi@outdoor ini. Hubungan sillaturahim saya dan sahabat semakin akrab apabila kami menyertai Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU). Kehidupan bersama persatuan adalah kehidupan yang menuntut kami sentiasa komited terhadap apa yang telah
dipertanggungjawabkan.
H Hanya selepas mendirikan rumah tangga, aktiviti bersama sahabat yang disayangi semakin terhad. Kini saya sudah mempunyai 3 orang cahaya mata dan sahabat mempunyai seorang putera yang semakin bijak dan 'handsome'...
A Apapun saya tetap akan mencari kesempatan dan masa untuk bersama sahabat jika ada, andai dapat bertemu pasti kami rasakan masa begitu cemburu kepada kami untuk bertukar2 pendapat dan cerita.
B Baru kini saya rasakan indahnya mempunyai seorang sahabat jika tahu untuk menilai erti persahabatan..tetapi saya perlu sentiasa beringat bahawa manusia sentiasa diuji dalam apa jua bentuk di sekeliling. Musuh (syaitan) umat Islam sentiasa ingin memutuskan sillaturahim sesama islam. Terputusnya sillaturahim itu adalah satu kejayaan bagi 'mereka'...
A Andai hubungan itu dilanda ombak, jangan gusar atau melatah, fikirkan bahawa ombak itu akan tenang dan terus lenyap dibawa arus.
T Terima seadanya hubungan yang telah dibina, semoga diberkati Ilahi dan bahagia di dunia dan akhirat....
*** Buat sahabatku Siti Rosmawati Abdul Rafor..semoga hubungan persahabatan kita ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat.....***
Subscribe to:
Posts (Atom)
