May 14, 2009

ila anak pakcik ali




Permata Hati Ila n Rahim (suami)

Khabar gembira buat yang mengenali Norfardilah Mohd Ali (ila_ali) x student FSR telah selamat melahirkan cahaya mata yang pertama iaitu seorang puteri pada 14 Mei 2009 (19 Jamadilawal 1430) di Hospital Rawatan Islam Al-Zaharah, Bangi...

Baby girl yang sangat comel tu dilahirkan pada jam 2.32pm seberat 3.41kg...emmm boleh tahan jugak kan.

Alhamdulillah kedua2nya selamat...syukur,bertambah lagi umat Rasulullah..

Untuk perkembangan selanjutnya mengenai ila,boleh la datang melawat dia di rumah ibunya di Bangi. Atau boleh hubungi dia melalui telefonnya.






May 10, 2009

HUSKY VOICE

Hai kawan2,..penjenguk setia...anyone....yang sudi singgah di Blog Cerita Kita...

Rasanya dah 2 minggu tidak bercerita di sini

Dah nasib badan atau musim demam atau ujian....hehe..dah lama tak demam teruk camni..satu minggu MC..maklum la dah lama tak duduk lama2 kat Pulau...sejuk, panas,sejuk panas...at last tekak gatal, batuk2 then demam..Demam dah kebah after kena inject,batuk lum hilang lg...sampai suara pun jadi 'husky'..


Penangan Kejohanan Sukan Badan Berkanun di Pulau Langkawi...Game netball habis sampai 1hb..pasukan MSN takde rezeki tahun ni,hanya ke suku akhir je,kalah 1 point dgn UMT...boleh tahan jugak la 'frust' nye,takpe next time kena tebus kekalahan ni...2hb join treasure hunt lak....satu langkawi we all pusing,saja la memenuhi waktu terluang....Balik2 je KL demam sampai seminggu..takpe,maknanye kena rehat la tu..

Bila dah masuk keje, kena cari mood pula untuk mulakan tugasan,boleh tahan la kan...fuhhh
Nak pg gym pun,kena cari mood gak ni..

Apapun, saya bersyukur sebab demam tak berjangkit kat anak2 atau ahli keluarga yg lain...saudara saya yang kena demam denggi pun dah baik..Alhamdulillah..

Now, I got husky voice...kepada rakan penjenguk lain, banyakkan minum air dan mkn Vit.C..elakkan virus demam yg semakin menular sekarang.