June 9, 2009

Aduyai...kelopak air pun jadi...




Kalau dah memang kanak-kanak macam inila gayanye...semua tempat dijadikan tempat bermain...
Mula-mula, Isyraf elok je bjln kat atas rumput tu,cuit2 air je..maklumla ibu ada kat sebelah. Bila ibu dah lepas kat depan sikit,tak tahan agaknye tengok cantik je air tu...apa lagi dia terus 'sliding' kat situ,Hafiy takkan nak tengok jekan....apa lagi,yeahaa..tak sempat nak pegang dia dah sampai dulu..senyum jela sebelum bagi cop kat kaki sikit
Tapi tak sampai hati nak marah beria,coz masa saya kecik2 dulu pun saya cam dia orang jugak..hahaha,setiap kali hujan mesti keluar rumah main kelopak air dengan kaklang dan abang teh kat depan rumah..lagi syok!!
So, sempat la saya ambil gambar nak tunjuk kat diaorang bila dah besar nanti, "kesian kan...kat umah ibu takde kolam,korang berenang je la kat kelopak air tu..kalau nak ada kolam sendiri kena belajar rajin-rajin,kerja baik-baik,kumpul duit...baru boleh buat kolam kat tepi rumah ke,dalam rumah ke..." sebagai bukti yang masa dia orang main air ni ibu dia belum mampu nak buat kolam sendiri...
~ kanak-kanak perlukan kebebasan bermain agar mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup mereka...namun mereka perlukan tunjuk ajar ibubapa agar berada di landasan yang betul,maka ibubapa perlu menjadi fasilitator dan mentor mereka ~

June 8, 2009

Kakak Ayah Kembali ke Rahmatullah...

Adik-beradik saya dan saya memanggilnye dengan gelaran 'makwe'. Satu-satunye kakak ayah yang ada, dan pada 5 Jun 2009 (Jumaat), 'makwe' telah meninggalkan kami buat selamanya. Kini Ayah hanya tinggal dua beradik daripada 7 orang beradik, iaitu adik ayah yang dikenali sebagai 'makchik'.
Saya dan arwah tidak begitu akrab, namun saya mengenali beliau setiap kali berkunjung ke rumahnya setiap kali menyambut Hari Raya di Kampung Durian Tawar, Triang Temerloh . Ingat-ingat lupa akan watak sebenar arwah, namun masih terbayang senyuman di wajah arwah setiap kali kami berjumpa.
Perangai pelik ayah dapat saya lihat pada khamis malam jumaat, sebelum mendapat khabar tentang kematian arwah. Kebetulan ayah berada di rumah saya bersama-sama adik dan anak saudara yang lain (musim cuti sekolah). Kebiasaannya ayah akan tidur awal sekitar jam 11 malam, saya lihat ayah gelisah seperti ada yang tak kena. Saya hanya biarkan dia melayan cucu bongsunya dan saya ke bilik untuk tidurkan Hafiy. Hampir jam 1 pagi,ayah mengetuk pintu bilik dan memaklumkan bahawa arwah dah kembali ke rahmatullah pada jam 12 am..Innalillah wainnailahirajiunn...Orang lelaki memang susah untuk menangis, tapi pada malam tu, ayah hanya rehatkan badan di sofa dan sekilas saya melihat ke arahnya dia sedang mengelap air mata yang jatuh ke pipi..."sape kate lelaki takde perasaan..ye tak?"..
Ayah bertanya, siapa yang akan hantarnya balik ke Temerloh, tak perlu saya nak bertanya kepada adik2 yang lain siapa yg 'free'..saya terus menawarkan diri untuk menghantarnya balik, lagipun saya sudah lama tak balik ke Temerloh. Walaupun ada mesyuarat yang perlu saya hadir keesokannya, saya teruskan niat untuk menghantar ayah dan ambil cuti 'emergency' (EL),anak-anak terpaksa saya tinggalkan bersama pembantu sekejap. Untuk menghantar ayah, kaklang dan angah 'offer' diri nak ikut,so mereka juga kena ambil 'EL'.
Semasa perjalanan ke Temerloh, saya dimaklumkan arwah dijangka akan dikebumikan sebelum solat Jumaat, dalam hati, tak tahu la sempat ke tidak sampai sebelum solat jumaat ni, sedar tak sedar saya dah memecut hingga 160km/j..opss "sayangilah orang yang tersayang"..sampai Temerloh, ambil mak kat rumah dulu, kemudian baru ke kampung ayah..tapi kami lewat beberapa minit..arwah selamat dikebumikan. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah di syurga fidausi...Amin
Yang Hidup Pasti Akan Mati..Yang Masih Hidup Perlu Teruskan Perjuangan sebagai Khalifah di Muka Bumi Ini..Semoga kita semua mendapat syafaat dari setiap perkara yang kita lakukan...
~~Apakah jalan cerita kita di penghujungnya,Hanya Allah yang mengetahui~~


***Bila meluangkan masa bersama sanak saudara, baru la saya lebih mengenali sepupu2 sebelah ayah....tak sangka ada muka anak saudara sepupu (2 pupu) saya yang mukanye persis saya masa kecil dulu...kaklang berbisik kpd saya:"hei kakandak muka adik tu 'sebijik' mcm awak masa kecik la.."..aha..saya mengiyakanye tak sangka macam cite doraemon pulak..sebab saya tak pernah tengok muka saya masa kecik secara life ..hehe,apa lagi saya bergambar dengan adik comel tu...(comel ke?) alamak terlebih sudah...

MASALAH TEKNIKAL..MACAM-MACAM ADA..

**Beberapa kesilapan teknikal terjadi menyebabkan saya sudah lama tidak mencoret sesuatu di Blog CERITA KITA....tiada perkongsian cerita, tidak dapat nak menjenguk rakan kenalan di blog, tidak tahu juga perkembangan terkini rakan kenalan...Apapun, sekarang,hari ini dan saat ini 'the problem was settled'...yeeehaaaaa..saya sudah boleh menyambung 'cerita kita'..huhuhuuu

Memang rindu sangat nak jenguk rakan-rakan yang lain...ape cite la ye...

"Bijak-bijak....."