(INILAH ANTARA AKTIVITI YANG KAMI SUKA LAKUKAN JIKA BERKESEMPATAN...masa ni we all baru je balik dari Subang Parade..sampai2 je terus 'main wall'. Pakai jeans pun belasah je....RINDUNYE ZAMAN NI)
S Syukur kerana saya mempunyai seorang sahabat..bagi saya dia la rakan,kawan,teman terbaik yang saya gelarkan sebagai seorang sahabat. Setelah bersama-sama mengharungi kehidupan di universiti sejak Disember 1999. Mungkin kami mempunyai 'chemistry' dalam berkawan, dengan kata lainnya 'satu hati' . Kadang-kadang kami tidak 'sekepala' kerana mempunyai persepsi yang berbeza tapi kami mempunyai sifat toleransi yang tinggi bila berkawan. Itu
yang membuatkan kami 'heppy' berkawan bersama. Latar belakang kehidupan yang hampir sama membuatkan saya dan sahabat saya hormat-menghormati.
A Andai kita menyedari apa yang berlaku di sekeliling kita, bermakna kita menyedari apa yang kita lakukan. Setiap masalah yang dihadapi, membuatkan kami semakin matang dalam menghadapinya. Masih saya teringat setiap cerita semasa belajar di UiTM, semuanya manis bila dikenang. Bermula apabila kami sama-sama dipindahkan kolej penginapan iaitu dari Kolej Anggerik ke Kolej Delima. Bermula kehidupan dua orang anak peneroka dari Pahang yang
menjalani kehidupan di UiTM. Kisah pembelajaran di kuliah yang menuntut kami mendalami bahasa inggeris, kisah cinta anak muda, kisah pelajar yang cintakan sukan dan rekreasi dan pelbagai lagi kisah yang tidak akan padam dalam diari kehidupan saya. Sahabat saya mempunyai latar belakang sebagai seorang pemain hoki manakala saya pemain bola jaring yang pernah menyertai MSSM pada 1998. Semasa sama-sama menjejakkan kaki ke UiTM kami 'single n available' Maknanye sebelum daftar di UiTM,masing-masing ada 'special boypren'..hahaha,ngam-ngam sebelum sambung belajar, masing-masing dah 'clash'. So masing-masing mempunyai azam baru bila menjejakkan kaki ke universiti (bukan azam nak cari 'boypren' baru) tapi azam mencari sebuah kehidupan baru sebagai seorang pelajar U. Kami semakin akrab apabila kami belajar dalam satu kelas dan mengikuti jurusan SR111 (sports management) dan sehingga la kami menyambung pelajaran di peringkat ijazah juga dalam jurusan yang sama. Semasa menuntut di peringkat diploma iaitu semester ketiga, begitu banyak komitmen yang perlu diberikan iaitu terhadap subjek yang diikuti dan program tahunan fakulti (Malam Ramah Mesra=MRM). Saya telah dilantik sebagai Biro Keceriaan dan Keindahan,maka saya perlu berkerja keras untuk menceria dan menperindahkan venue program MRM dengan tema 'Flora dan Fauna'. Semasa menjalankan tugas, sahabat saya sentiasa bersama saya, kadang-kadang sampai ke larut malam hampir ke pagi kami bertungkus lumus menyiapkan tugasan. Teringat saya pada kisah kami dikejar 3 ekor anjing liar semasa pulang dari bertugas, kami bernasib baik kerana ada rakan yang tumpangkan kami pulang ke kolej. Walaupun kami menaiki kereta kancil,anjing liar tadi tetap mengejar kami sehingga kami terpaksa pusing satu UiTM untuk dari dari salakan anjing itu. Subjek yang paling seronok dan hebat diikuti adalah subjek 'Outdoor'. Bermula la kehidupan saya sebagai seorang pecinta aktiviti sukan dan rekreasi. Kemahiran bercakap di hadapan orang ramai, berdikari, kemahiran menyelesaikan masalah, berkeyakinan dan banyak lagi perkara yang positif telah saya perolehi daripada penglibatan saya dalam dunia rekreasi@outdoor ini. Hubungan sillaturahim saya dan sahabat semakin akrab apabila kami menyertai Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU). Kehidupan bersama persatuan adalah kehidupan yang menuntut kami sentiasa komited terhadap apa yang telah
dipertanggungjawabkan.
H Hanya selepas mendirikan rumah tangga, aktiviti bersama sahabat yang disayangi semakin terhad. Kini saya sudah mempunyai 3 orang cahaya mata dan sahabat mempunyai seorang putera yang semakin bijak dan 'handsome'...
A Apapun saya tetap akan mencari kesempatan dan masa untuk bersama sahabat jika ada, andai dapat bertemu pasti kami rasakan masa begitu cemburu kepada kami untuk bertukar2 pendapat dan cerita.
B Baru kini saya rasakan indahnya mempunyai seorang sahabat jika tahu untuk menilai erti persahabatan..tetapi saya perlu sentiasa beringat bahawa manusia sentiasa diuji dalam apa jua bentuk di sekeliling. Musuh (syaitan) umat Islam sentiasa ingin memutuskan sillaturahim sesama islam. Terputusnya sillaturahim itu adalah satu kejayaan bagi 'mereka'...
A Andai hubungan itu dilanda ombak, jangan gusar atau melatah, fikirkan bahawa ombak itu akan tenang dan terus lenyap dibawa arus.
T Terima seadanya hubungan yang telah dibina, semoga diberkati Ilahi dan bahagia di dunia dan akhirat....
*** Buat sahabatku Siti Rosmawati Abdul Rafor..semoga hubungan persahabatan kita ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat.....***