Perkara dah lepas,tak ada gunanye kita sesalkan..saya memang tidak suka menyesali apa yang sudah terjadi. Apa yang sudah terjadi sudah pun terjadi dan pastinya kita tidak akan lalui perkara yang sama lagi,namun kita mampu mengubah sesuatu perkara yang terjadi itu andainya tidak baik kepada yang lebih baik jika diberi peluang..
Ibarat jika kita sudah melangkah setapak ke hadapan,jangan sekali-kali berundur ke belakang, namun kita boleh untuk menoleh ke belakang sebagai panduan untuk terus menapak ke hadapan.
Pastinya disebalik penyesalan itu ada cerita...
Tapi kali ni saya rasa ketinggalan sangat,bila selama ini saya tidak mencari masa untuk create blog sendiri...Apabila saya berkesempatan membuka blog rakan kenalan yang lain,saya rasa seronok sangat..ada banyak perkara sebenarnya yang kita dapat berkongsi bersama walaupun hanya melalui alam siber..sekurang2nya kita tidak kehilangan teman-teman yang pernah berguru bersama2,dan pastinya dari sini la saya dapat menghilangkan perasaan rindu untuk mereka semua.
"Selagi bergelar teman,rakan kenalan mahupun sahabat..saya tidak mahu kehilangan insan2 ini...walaupun orang kata ada yang tidak 'sebulu' ,tidak sekepala atau seteru sendiri,selagi ingin berkawan saya sentiasa membuka pintu sillaturahim itu. Sememangnya hidup ini di kelilingi dengan pelbagai godaan,seperti juga dalam menghubungkan sillaturahim itu tetap ada penghalang tersendiri yang tersirat dan tanpa kita sedari.....kita memutuskannya...Jalinan sillaturahim itu tidak seharusnya kita putuskan. Sememangnya amat sukar sebagai manusia biasa apabila kita berhadapan dengan pintu kemusnahan sillaturahim itu. Kerana 'dek ego diri,kita 'tertelan' dengan hasutan syaitan untuk memutuskannya..Dalam firman Allah yang bermaksud "tidak beriman seseorang itu jika kita memutuskan hubungan antara seorang islam dengan saudaranya sendiri.." Ternyata agama Islam itu indah,agama yang diturunkan oleh Allah sebagai satu panduan buat kita. Dan ternyata juga kita mudah alpa,kerana kita lupa akan firman di atas dan sewenang-wenangnya kita memutuskan hubungan antara satu sama lain.
Semoga dengan adanya kemudahan di alam siber ini kita akan manfaatkan sebaiknya dengan mengeratkan lagi sillaturahim itu,bukan hanya sekadar untuk kepentingan diri sendiri yang adakalanya memakan diri sendiri...
"Bumi Dipijak ,Langit dijunjung" besar maknanya. Kita adalah sama, kerana kita dicipta untuk tujuan yang sama..Kita tidak akan pijak bumi andai kita di Bulan, tapi mampukah kita ke sana? (sekadar renungan buat kita bersama)....
February 20, 2009
February 18, 2009
ALKISAHNYA....
(Keindahan Ilahi...Gambar ini dirakamkan di hadapan Hotel Bella Vista, Langkawi. Semasa Kursus Pegawai dan Pengurus pasukan bagi persiapan SUKMA 2008 MSWP. Sedang berehat di tepi 'swimming pool' selepas penat bermain Futsal bersama rakan peserta yang lain)
~~~Episod Cerita Kita' kini bermula.~~~
Alkisahnya...
18 Feb 2009 -Tergerak hati saya untuk mempunyai blog sendiri seperti rakan-rakan yang lain. Semuanya ilham dan inspirasi daripada seseorang. Sudah lama hasrat itu terpendam, akhirnya dapat juga saya memperolehinya.Jika dahulu sebelum wujudnya web site seperti blogger, facebook DLL. Agak sukar untuk kita memiliki web site sendiri,semuanya kerana kos yang tinggi, jadi hanya mereka yang betul-betul memerlukan website sahaja yang akan memilikinya. Tapi sekarang tidak lagi,dengan mudah (lebih-lebih lagi ianya percuma) kita sudah boleh memiliki web site peribadi...
Sebelum ni memang kengkangan masa dan ketiadaan 'laptop' sendiri antara faktor blog ini belum diwujudkan. Namun bila ditolak dengan perasaan malas, saya berjaya mencari masa itu (bukan kite takde masa,tapi kita selalu bagi alasan tidak mempunyai masa kan)kebetulan pula sekarang ni saya sedang cuti bersalin anak yang ke-3,so boleh la saya luangkan masa untuk berkongsi cerita dan pengetahuan (sementara anak2 sedang tidur tu...).Bagi saya inilah tempat yang sesuai untuk kita melakarkan apa sahaja yang terfikir di minda kita,sama ada untuk difikirkan bersama mahupun sekadar coretan di kala senggang (macam pernah baca ayat terakhir ni,tapi di mana ye?).
Saya cukup seronok bila dapat membaca coretan-coretan mereka yang mempunyai 'blog' sendiri. Macam-macam perkara yang kita boleh kongsikan, pengalaman, pengetahuan, mungkin juga kesempatan untuk perniagaan sendiri, bertukar-tukar pendapat mahupun sekadar untuk melakarkan kenangan..pastinya 'si penulis' tidak akan melupakan kisah yang dikongsikan bersama.
Alkisahnya,bila saya berkesempatan untuk menjenguk ramai kenalan di ruangan 'blog',saya mula terpanggil untuk memilikinya...
Subscribe to:
Posts (Atom)