(INILAH ANTARA AKTIVITI YANG KAMI SUKA LAKUKAN JIKA BERKESEMPATAN...masa ni we all baru je balik dari Subang Parade..sampai2 je terus 'main wall'. Pakai jeans pun belasah je....RINDUNYE ZAMAN NI)
S Syukur kerana saya mempunyai seorang sahabat..bagi saya dia la rakan,kawan,teman terbaik yang saya gelarkan sebagai seorang sahabat. Setelah bersama-sama mengharungi kehidupan di universiti sejak Disember 1999. Mungkin kami mempunyai 'chemistry' dalam berkawan, dengan kata lainnya 'satu hati' . Kadang-kadang kami tidak 'sekepala' kerana mempunyai persepsi yang berbeza tapi kami mempunyai sifat toleransi yang tinggi bila berkawan. Itu
yang membuatkan kami 'heppy' berkawan bersama. Latar belakang kehidupan yang hampir sama membuatkan saya dan sahabat saya hormat-menghormati.
A Andai kita menyedari apa yang berlaku di sekeliling kita, bermakna kita menyedari apa yang kita lakukan. Setiap masalah yang dihadapi, membuatkan kami semakin matang dalam menghadapinya. Masih saya teringat setiap cerita semasa belajar di UiTM, semuanya manis bila dikenang. Bermula apabila kami sama-sama dipindahkan kolej penginapan iaitu dari Kolej Anggerik ke Kolej Delima. Bermula kehidupan dua orang anak peneroka dari Pahang yang
menjalani kehidupan di UiTM. Kisah pembelajaran di kuliah yang menuntut kami mendalami bahasa inggeris, kisah cinta anak muda, kisah pelajar yang cintakan sukan dan rekreasi dan pelbagai lagi kisah yang tidak akan padam dalam diari kehidupan saya. Sahabat saya mempunyai latar belakang sebagai seorang pemain hoki manakala saya pemain bola jaring yang pernah menyertai MSSM pada 1998. Semasa sama-sama menjejakkan kaki ke UiTM kami 'single n available' Maknanye sebelum daftar di UiTM,masing-masing ada 'special boypren'..hahaha,ngam-ngam sebelum sambung belajar, masing-masing dah 'clash'. So masing-masing mempunyai azam baru bila menjejakkan kaki ke universiti (bukan azam nak cari 'boypren' baru) tapi azam mencari sebuah kehidupan baru sebagai seorang pelajar U. Kami semakin akrab apabila kami belajar dalam satu kelas dan mengikuti jurusan SR111 (sports management) dan sehingga la kami menyambung pelajaran di peringkat ijazah juga dalam jurusan yang sama. Semasa menuntut di peringkat diploma iaitu semester ketiga, begitu banyak komitmen yang perlu diberikan iaitu terhadap subjek yang diikuti dan program tahunan fakulti (Malam Ramah Mesra=MRM). Saya telah dilantik sebagai Biro Keceriaan dan Keindahan,maka saya perlu berkerja keras untuk menceria dan menperindahkan venue program MRM dengan tema 'Flora dan Fauna'. Semasa menjalankan tugas, sahabat saya sentiasa bersama saya, kadang-kadang sampai ke larut malam hampir ke pagi kami bertungkus lumus menyiapkan tugasan. Teringat saya pada kisah kami dikejar 3 ekor anjing liar semasa pulang dari bertugas, kami bernasib baik kerana ada rakan yang tumpangkan kami pulang ke kolej. Walaupun kami menaiki kereta kancil,anjing liar tadi tetap mengejar kami sehingga kami terpaksa pusing satu UiTM untuk dari dari salakan anjing itu. Subjek yang paling seronok dan hebat diikuti adalah subjek 'Outdoor'. Bermula la kehidupan saya sebagai seorang pecinta aktiviti sukan dan rekreasi. Kemahiran bercakap di hadapan orang ramai, berdikari, kemahiran menyelesaikan masalah, berkeyakinan dan banyak lagi perkara yang positif telah saya perolehi daripada penglibatan saya dalam dunia rekreasi@outdoor ini. Hubungan sillaturahim saya dan sahabat semakin akrab apabila kami menyertai Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU). Kehidupan bersama persatuan adalah kehidupan yang menuntut kami sentiasa komited terhadap apa yang telah
dipertanggungjawabkan.
H Hanya selepas mendirikan rumah tangga, aktiviti bersama sahabat yang disayangi semakin terhad. Kini saya sudah mempunyai 3 orang cahaya mata dan sahabat mempunyai seorang putera yang semakin bijak dan 'handsome'...
A Apapun saya tetap akan mencari kesempatan dan masa untuk bersama sahabat jika ada, andai dapat bertemu pasti kami rasakan masa begitu cemburu kepada kami untuk bertukar2 pendapat dan cerita.
B Baru kini saya rasakan indahnya mempunyai seorang sahabat jika tahu untuk menilai erti persahabatan..tetapi saya perlu sentiasa beringat bahawa manusia sentiasa diuji dalam apa jua bentuk di sekeliling. Musuh (syaitan) umat Islam sentiasa ingin memutuskan sillaturahim sesama islam. Terputusnya sillaturahim itu adalah satu kejayaan bagi 'mereka'...
A Andai hubungan itu dilanda ombak, jangan gusar atau melatah, fikirkan bahawa ombak itu akan tenang dan terus lenyap dibawa arus.
T Terima seadanya hubungan yang telah dibina, semoga diberkati Ilahi dan bahagia di dunia dan akhirat....
*** Buat sahabatku Siti Rosmawati Abdul Rafor..semoga hubungan persahabatan kita ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat.....***
A Andai hubungan itu dilanda ombak, jangan gusar atau melatah, fikirkan bahawa ombak itu akan tenang dan terus lenyap dibawa arus.
ReplyDeleteAssalammualaikum....
harap-harap bila bila ombak itu tenang dan lenyap dibawa arus, perhubungan yang terjalin tadi terus kekal dan tidak dibawa bersama arus....malah lebih kuat setetah diuji oleh ombak yang besar tadi......
hakikat rimba...
Waalaikummusalam...
ReplyDeleteHai Shawn..terima kasih sudi menjenguk blog "Cerita Kita" wlpn dah lama kita x bertanya khaba..banyak kali gak akak jenguk blog "hakikat rimba" tu..bagusla dah byk perkembangan yg boleh dibanggakan skrg ni..didoakan smg tercapai impian dihati..amin
***Bagi k.sal kehidupan bsm teman rapat atau sahabat adalah satu anugerah dan nikmat..kerana ada insan yang tidak menikmati nikmat itu...dengan adanya teman rapat kita akan menjadi insan yang tahu erti menilai persahabatan...***
memang betul persoalan di blog hakikat rimba -"kenapa rambut sama hitam,hati lain2?"itu adalah satu persoalan yg perlu kita terima HAKIKATNYA bhw Allah telah menguji hambanya dengan perbezaan pendirian di hati..sukar untuk kita letakkan pendirian yg kita ada utk diterima oleh insan lain....namun kita perlu tahu bahawa hakikat pasang surut pendirian diri yang diterpa oleh keegoan diri akan ada penghujungya.dgn kata lain,sejauh mana kita berselisih fhm dgn rakan2 kita,tentu ada cara utk berbaik semula...
p/s:skrg ni akak sedang merancang utk mengumpul semua ahli keluarga PERLU yang besar (kesemua instraktur PERLU bermula drpd pioneer)kalau tak boleh bersatu spt dulu pun sekurang2nya dapat bertukar2 fikiran dan berjumpa bersama..kerana di dunia ini kita hanya dipinjamkan atas segala2nya..kita bukanlah penentu atas segala2nya seandainya kita rasakan yg kita mampu melakukannya...hopefully akan ada yg membantu...
Bagus tu Salwati. Saya pun dok tunggu. Bilakah agaknya ya...
ReplyDeleteAssalammualaikum...
ReplyDeleteSaya ready untuk membantu & saya setuju.... anything just call 0194400030... nak dok minum2 pun boleh... kirim salam bro Black...
Alhamdulillah...bila saya buka email,dpt feedback baik mengenai hasrat saya..berbunga rasa hati..senyum lebar gitu,wlpn mata bengkak seblh..hihihi
ReplyDeleteEn.Hisyam,InsyaAllah klu ada rezeki..dalam tahun ni kita wat 'kenduri' utk keluarga PERLU.Simple2 je..hrp2 akan ramai yg datang membantu...
Heheh!
ReplyDeleteHeheh! Salam, kak...
ReplyDeleteBeautifool life:- salam...nape gelak?
ReplyDeleteingat lagi kat akak ek..ingatkan x ingat dah huhuuu
salam....alahai...rindunyer gambar..kat mana aku nak panjat nie...windu bgt ba..sowi lambat reply 2 n 3 minggu nie bz giler...langsung tak sempt nak jenguk blog..papepun..segala kenangan pahit / manis tetap segar dlam ingatan..tak pernah luput walaupun scalit...semunyer indah..waktu kat uitm memang best...bukan stakat kena kejar ngan anjing...org pun pernah..ingat tak masa kiter panjat pagar..tutttttt....tapi niat kiter baik balik study kat hep..:)
ReplyDelete