February 24, 2009

SEMINAR 2009

PROGRAM SEMINAR 2009
Program Seminar Pengurusan Sukan Peringkat Antarabangsa 2009 (SPSPA) merupakan program khas bagi seminar pengurusan sukan yang julung kali dianjurkan oleh pihak MSN. Program ini dijadualkan akan berlansung pada 21 & 22 Oktober 2009 di Awana Hotels & Resorts, Genting Highlands, Pahang. Program ini mensasarkan penyertaan peserta seramai 300 orang dari seluruh negara yang terlibat dalam bidang pengurusan sukan. Program seminar ini akan menekankan enam aspek penting dalam bidang pengurusan sukan dan akan dibentangkan oleh pembentang (speaker) dari luar negara yang pakar di dalam bidang masing-masing-masing. Enam (6) aspek @ tajuk yang akan dibentang adalah seperti berikut:

1. Kepimpinan, Organisasi dan Pentadbiran

2. Aspek Undang-undang

3. Kemudahan dan Pengurusan Acara

4. Pemasaran Sukan

5. Media dan Teknologi

6. Rahsia Kejayaan di Sukan Olimpik

Pihak penganjur berhasrat mendapatkan kepakaran daripada pihak luar sebagai pembentang (speaker) yang mempunyai latar belakang yang cemerlang mengenai tajuk yang dicadangkan, seperti Lord Sebastian Coe iaitu selaku bekas pemenang pingat emas sukan Olimpik dan kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik, London (LOCOG) 2012. Jemputan barisan pembentang dari luar negara adalah signifikan sebagai satu seranan untuk mendapatkan kepakaran mereka agar Malaysia berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang sukan.
Sebagai salah seorang AJK, saya mengharapkan program seminar ini berjaya dianjurkan dan ia adalah satu simbolik bagi pembukaan kerjaya saya sebagai seorang pegawai belia dan sukan yang baru 'setahun jagung'. Secara peribadinya, program ini sememangnya menguji kredibiliti saya sebagai seorang pelajar lulusan bidang pengurusan sukan dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam. Saya juga mengalu2kan penyertaan rakan-rakan yang sudi 'menjenguk' blog "CERITA KITA" ini dalam program yang bakal diadakan. Jika berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 013-2019471
Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan penganjur.

No comments:

Post a Comment