February 24, 2009

Cerita hari ini..

5 days to go...Cepatnya masa berlalu,tutup mata,buka mata je dah nak habis cuti bersalin..Masa dengan anak-anak pun akan berkurangan bila dah masuk kerja nanti. Nampak gayanya waktu malam sahaja la bersama anak-anak...Tugasan dan projek di pejabat senantiasa menanti kehadiran saya, sudah dapat saya bayangkan apabila mula masuk bekerja nanti kesibukan dengan persiapan projek yang bakal saya terajui dalam tahun ini.
InsyaAllah, projek Seminar Pengurusan Sukan Peringkat Antarabangsa 2009 (SPSPA) akan saya realisasikan. (cerita mengenai seminar ini akan disiarkan di episod cerita yang baru)
Beginila kehidupan seorang wanita yang bekerja, ibarat 'telan mati mak,tak telan mati ayah' (kasar bunyinye) itu lah perumpamaan yang digambarkan amat sukar ditempuhi. Tak ingin sebenarnya anak-anak diasuh oleh orang lain. Biarla tulang empat kerat ini yang menjaganya setiap masa..tapi apakan daya, rezeki perlu dicari. Arus kemodenan merubah kehidupan lama, suami isteri perlu bekerjasama untuk mencari rezeki demi kehidupan yang dibina....

No comments:

Post a Comment